Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital tarik perhatian negara lain

    KUALA LUMPUR, 30 Jan – Langkah kerajaan membina Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh telah menarik minat beberapa buah negara lain untuk membantu pelarian Rohingya yang berada di negara itu.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata komitmen Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membantu pelarian Rohingya juga mendapat perhatian negara lain untuk terlibat dengan kerjasama yang ada, sekali gus mewujudkan perkampungan global di kem pelarian itu.

    “Misi bantuan yang kita laksanakan ini mendapat sambutan daripada negara lain kerana hala tuju kita jelas dan ikhlas.”

    “Jika sebelum ini kita wujudkan hubungan trilateral bagi menangani ancaman keselamatan terutama yang melibatkan Daesh, tetapi dengan bersama-sama membantu masyarakat Rohingya, hubungan kerjasama trilateral dengan negara lain mampu diperkukuhkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek pembangunan Kompleks Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak di sini, hari ini.

    Kompleks Wisma Bintara ATM itu merangkumi sebuah blok kediaman 10 tingkat yang mempunyai 200 bilik serta 115 tempat letak kereta berbumbung bernilai RM30 juta, yang dijangka siap pada Oktober tahun depan.

    Dalam lawatan itu, Hishammuddin berpuas hati dengan perkembangan projek pembangunan kompleks berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda