CARACAS – Hakikatnya, ramai daripada kita tidak menyukai makanan hospital, begitu halnya di Venezuela, ianya sungguh mengerikan di mana hidangan makanan yang menjemukan dan berkanji dimasak dalam keadaan kotor dan anak-anak damit yang baru lahir pula diberikan makanan solusi intravena atas kekurangan makanan formula anak damit, yang mana para ahli pakar menggelarnya sebagai risiko kesihatan sebenar.
Take Carla Lopez, 40, telah dimasukkan ke hospital selama tiga bulan, untuk merawat luka terbuka pada kakinya akibat diabetes. Lopez sepatutnya dapat menikmati hidangan pasta dan nasi, namun itu hanya yang dia dapat.
“Saya makan apa sahaja yang mereka berikan kepada saya,” kata Lopez, sambil lalat terlihat berterbangan di atas pinggan nasi dan lentilnya di Hospital Universiti di Caracas. Makanan yang dihidangkan sungguh tidak berasa apabila hospital tersebut sudah kehabisan garam.
Lebihan kanji menyebabkan paras gula darahnya meningkat. Walaupun dia keluar dari hospital, dia masih tidak mampu. Dia berkata bahawa satu kilo ayam dianggarkan berjumlah 1.5 dari gaji bulanannya, di sebuah negara yang kaya dengan minyak tetapi ekonominya dibebani dengan inflasi yang berterusan.
Lopez mengatakan bahawa untuk sarapan pagi, dia akan mendapatkan hidangan roti berunsurkan tepung jagung yang dikenali sebagai ‘arepa’ dan untuk makan tengah hari, hidangan pasta atau lentil bersama nasi.

“Pada waktu petang, mereka akan menghidangkan lagi arepa, bersaiz kecil,” kata Lopez.
Pada masa dahulu (pada waktu ekonomi masih lagi stabil), hospital ini menghidangkan pelbagai jenis masakan mengikut masalah kesihatan yang berbeza-beza, kata ahli pemakanan Gladys Abreu. Namun kini, semua pesakit akan mendapatkan hidangan yang sama dan tidak lebih dari itu: 40 gram nasi dan 25 gram legum kekacang.
“Ia adalah sangat tidak mencukupi buat kanak-kanak kecil,” kata seorang staf yang berada di dapur hospital tersebut.
Seorang pegawai hospital lain yang meminta agar namanya tidak mahu disiarkan, mengadu bahawa timbunan sampah dilihat memenuhi hospital itu, sebuah bangunan 11 tingkat berusia 60 tahun. Manakala, tong-tong sampah berdekatan sudah dilimpahi dengan detritus.
Menurut kajian daripada Hospital Kebangsaan, yang diterbitkan pada bulan Mac lalu oleh Dewan Negara yang dikendalikan oleh pembangkang dan oleh sebuah NGO ‘Doktor untuk Kesihatan,’ berkata 96 peratus daripada hospital Venezuela gagal memberi makan secukupnya kepada pesakit-pesakit mereka atau tidak memberi makan sama sekali. Kajian itu meliputi keseluruhan 104 hospital yang dikendalikan oleh kerajaan dan 33 hospital swasta.
Di klinik bersalin Concepcion Palacios, juga di Caracas, para doktor menghentikan pemberian susu tepung kepada anak-anak damit baru lahir, kerana tidak mempunyai kewangan untuk itu. Pihak ibu bapa terpaksa menyediakannya sendiri, namun salah seorang ibu, Yereercis Olivar, yang baru melahirkan anak keduanya, tidak mampu membeli formula.
Dia tidak boleh menyusukan anak damitnya, sama ada kerana mereka dipisahkan untuk melindungi anak damit itu dari terkena penyakit cacar air yang mana Olivar mengalaminya ketika masih mengandung. Penyakit itu menyebabkan kulitnya dipenuhi dengan lepuh gelembung.
Olivar sangat terdesak, jadi dia mula mendapatkan air susunya dari payudaranya dengan alat seperti picagari. Ia mengambil masa tiga hari menggunakan kaedah itu bagi memenuhi keperluan anaknya.
Pada masa itu, anak damit hanya mampu hidup ‘melalui serum,’ sejenis alat solusi intravena bagi memastikan golongan dewasa kekal terhidrat. Ianya disusui kepada anak damit menggunakan botol anak damit.
Susu tepung anak damit, seperti kebanyakan barangan asas di Venezuela, hanya boleh didapati di pasaran gelap dan satu tin darinya boleh mencecah sekitar 50 juta bolivars atau AS$15. Itu adalah sembilan kali ganda dari purata gaji bulanan.


Menurut kaji selidik hospital mengatakan bahawa 66 peratus daripada wad ibu bersalin Venezuela tidak mempunyai susu formula untuk diberikan kepada anak damit mereka.
Keadaan penjagaan kesihatan yang begitu teruk ini telah berlarutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Olivar, di mana anak pertamanya juga dilahirkan di hospital yang sama pada tahun 2016. Keadaan begitu baik berbanding sekarang: dia tidak dapat menyusui anaknya, namun diberikan susu formula anak damit.
Kini, “terdapatnya lipas di kawasan tempat penyediaan botol-botol anak damit,” kata Silvia Bolivar, seorang jururawat yang sudah melakukan pekerjaan itu selama 25 tahun. Dari lubang-lubang dinding dan siling, kebocoran air dan banyak lagi, katanya.
Kementerian Kesihatannya tidak mampu dihubungi atau memberi komen kepada AFP mengenai isu ini.
Di tingkat enam, tempat dia sedang dirawat, Olivar berkata dia telah mendengar jururawat melakukan bantahan selama enam minggu yang lalu, untuk menuntut kenaikan gaji dan ruang pekerjaan yang lebih baik.
Poster yang ada di dinding bangunan di sana menyatakan bahawa jururawat juga menginginkan makanan yang lebih baik untuk pesakitnya. Presiden Nicolas Maduro berkata krisis yang melanda di hospital Venezuela adalah yang terparah, ditambah lagi dengan sekatan AS terhadap kerajaannya.
Dia mengatakan bahawa sekatan ini telah menghalang negara itu daripada membeli peralatan perubatan dan ubat-ubatan, 80 peratus daripadanya kurang bekalan, menurut kesatuan buruh.
“Adalah sukar apabila pesakit datang kepada kami, berkeadaan menggeletar dan berada di ambang pengsan, untuk mengatakan bahawa mereka sangat lapar,” kata jururawat Bolivar.
Di klinik bersalin, botol anak damit berbau busuk. Tiada sabun untuk mencucinya dan mesin pensterilan rosak. Kesan-kesan kekotoran memenuhi bekas nasi dan pasta, yang digunakan untuk kaum ibu.
Di sana dan di Hospital Universiti, lantai dan juga bilik mandinya berada dalam keadaan kotor. Tiada bahan pembasmi kuman disediakan. Kerja-kerja pembersihan hanya menggunakan air dan kain lama.
Lopez, wanita yang mengalami komplikasi akibat penyakit kencing manis, tidak tahu berapa lama dia harus berada di bilik hospital yang serba kekurangan itu, yang dilengkapi dengan kerusi yang sudah rosak. Kakinya masih belum beransur pulih.
Tetapi bukan semuanya buruk: rakan sebilik hospitalnya telah memberinya sejambak bunga matahari untuk menceriakan lagi suasana. – AFP