LONDON, 1 SEPT – Hotel komersial angkasa pertama diberi nama Stesen Angkasa Von Braun dan direka oleh Tim Alatorre dari Gateway Foundation dikatakan akan beroperasi menjelang 2025 dan 100 orang dijangka melawatnya setiap minggu.
Menurut Daily Mail Online, reka bentuk hotel komersial angkasa itu menyerupai kapal layar, didedahkan baru-baru ini dan mempunyai sistem graviti, dapur, bar serta hiasan dalaman.
“Tentunya, melancong ke angkasa adalah satu lagi pilihan orang ramai untuk pelancongan mereka, seperti menaiki kapal layar atau ke taman tema Disney World.
“Gateway Foundation berharap pelancongan ke angkasa akan terbuka untuk semua,” kata Alatorre. – Agensi