Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel beri ganjaran bagi kelahiran anak damit?

    WARSAW, 21 SEPT – Sebuah kumpulan hartanah Poland berharap dapat menangani penurunan kadar kelahiran negara itu dengan memberi ganjaran kepada pelanggan yang melahirkan anak damit di hotel mereka.

    Di laman webnya, kumpulan Arche, yang memiliki 23 buah hotel dan banyak bangunan di seluruh negara itu, menyuarakan kebimbangan tentang krisis demografi akibat penurunan kadar kelahiran di Poland yang berterusan selama 12 tahun.

    Dalam usaha untuk menangani isu itu, pengusaha hotel telah melancarkan program insentif yang menawarkan ‘program istimewa secara percuma’ kepada para pelanggan yang boleh membuktikan tanggapan berhubung isu kelahiran anak damit dan mengaitkannya dengan penginapan pasangan di salah sebuah hotel mereka.

    Pasangan turut ditawarkan bonus 10,000 zloty (AS$2,754) untuk kanak-kanak yang dilahirkan selepas ibu bapa membeli rumah dengan syarikat itu.

    Program, Arche Generations, sah untuk pasangan lelaki dan wanita, dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pasangan adalah warganegara Poland dewasa dan tinggal di negara itu.

    Bonus juga akan ditawarkan kepada pekerja Arche yang mempunyai anak.

    Sehingga akhir Jun, populasi Poland adalah kira-kira 37.4 juta penduduk, kurang satu juta berbanding 2015, menurut Pejabat Statistik Nasional GUS.

    Pada tahun 2024, terdapat kurang 157,000 kelahiran berbanding kematian di Poland, trend yang dijangka berterusan pada tahun-tahun akan datang. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda