Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel CR7 jadi hospital rawat COVID-19

    LISBON, 15 MAC – Berikutan dengan penularan COVID-19 yang semakin meningkat, Cristiano Ronaldo dengan penuh prihatin dan bermurah hati menukar hotel miliknya di Portugal sebagai hospital sementara bagi membantu pesakit yang dijangkiti COVID-19.

    Tidak cukup dengan itu, bintang sensasi Juventus itu juga membayar bil pesakit selain perbelanjaan doktor serta jururawat sekali gus membantu mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan negara itu.

    Ronaldo memiliki hotel bertaraf empat bintang dengan bayaran penginapan £165 semalam di Funchal dan £195 semalam di bandaraya Lisbon sebagai sebahagian daripada jenama CR7 miliknya.

    Berdasarkan laporan surat khabar Sepanyol, Marca, usaha Ronaldo ini bagi membantu dunia memerangi pandemik COVID-19 dengan semua kemudahan itu diberikan percuma kepada pesakit yang dijangkiti virus itu.

    Penyerang berusia 35 tahun itu sebelum ini menjalani kuarantin minggu lalu selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani disahkan positif dijangkiti virus itu dengan 1,500 orang sudah meninggal dunia di Itali.

    Ronaldo menjalani kuarantin di Madeira sekali gus membolehkannya dekat dengan ibunya Dolores Aveira, yang sedang menjalani pemulihan akibat strok.

    Pihak berkuasa di Madeira mengesahkan Ronaldo tidak dijangkiti virus itu. – Agensi

    Ronaldo telah bermurah hati apabila menukar hotel miliknya di Portugal sebagai hospital sementara bagi membantu pesakit yang dijangkiti COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda