Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel di Mekah terbakar

    RIYADH, 18 Feb –Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Mekah, Arab Saudi semalam, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut portal berita alweeam, memetik pertahanan awam Mekah.

    Jurucakap pertahanan awam Nayef al-Sharif, berkata kejadian berlaku kira-kira 11:40 pagi (waktu tempatan) di hotel yang merupakan sebahagian projek Jabal Omar.

    Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah di tempat tertutup dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak pertahanan awam.

    Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda