Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel Mulia lancar sistem pembayaran Alipay

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Hotel Mulia merupakan hotel pertama di Brunei Darussalam yang menggunakan sistem pembayaran Alipay, di mana mereka akan memasang sistem berkenaan di kaunter meja depan, Restoran & Kafe Goldiana, Restoran Vanda dan kedai cenderamata.

    Objektif utama sistem berkenaan digunakan adalah agar para tetamu dari Republik Rakyat China mempunyai kemudahan dalam perbelanjaan di Hotel Mulia dan juga akan meningkatkan penjualan hotel berkenaan, terutama di bahagian makanan dan minuman. Pengarah Operasi Hotel Mulia, Awang Mohd Iswandi Maaruf menjelaskan, “Ini adalah usaha kami untuk menjadikan pengalaman perjalanan selancar yang mungkin untuk para tetamu.

    “Dalam industri hotel, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman tetamu secara keseluruhan, dan mengharapkan Alipay diterima dengan baik oleh pelancong dari China,” tambahnya.

    Menurut Hotel Mulia dalam laporan klasifikasi tetamu hotel, tetamu dari China tahun ini antara Januari hingga Julai 2019 mencatatkan ketibaan 14,867 orang (peningkatan 50 peratus berbanding 2018).

    Peningkatan tersebut adalah menerusi penerbangan terus dari Nanning, Changsa, Haikou, Kunming ke Brunei Darussalam dan dengan usaha terbesar pemasaran iklan dan promosi oleh ejen-ejen pelancongan tempatan dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam mempromosikan Brunei Darussalam sebagai destinasi, dan penerbangan langsung dari Beijing yang akan diadakan tidak lama lagi.

    Awang Mohd Iswandi Maaruf bersama kakitangan hotel tersebut bergambar ramai semasa menerima peranti sistem pembayaran Alipay. – Gambar oleh Lyna Mohamad

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda