Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel Oppo dengan teknologi 5G

    Panggilan video berkumpulan pertama di dunia dengan menggunakan teknologi 5G antara kejayaan yang diraih oleh Oppo baru-baru ini.

    Tetapi tahukah anda bahawa teknologi Oppo tidak sahaja terhad kepada telefon pintar sahaja? Di Australia terdapat satu hotel yang dikuasakan dengan teknologi 5G oleh Oppo.

    Hotel bergerak

    Hotel ini dinamakan sebagai Oppo 5G Hotel. Hotel 5G ini adalah sejenis hotel bergerak yang akan bertukar-tukar destinasi di sekitar kawasan Australia yang menyokong rangkaian 5G. Hotel bergerak ini juga merupakan hotel pintar kerana ia padat dengan teknologi terkini.

    Dalam hotel ini, ia turut dilengkapi dengan perkhidmatan permainan awan 5G, pengalaman menstrim video tanpa buffer, pelbagai variasi aplikasi realiti terimbuh dan juga cermin pintar.

    Peranti yang menjayakan hotel ini adalah Oppo Reno 5G dan juga rangkaian 5G yang terdapat di sana.

    Selain itu, untuk kawalan arahan suara, Oppo turut menyelitkan Google Home Hub untuk menggunakan Google Assistant. – Agensi

    Hotel 5G ini adalah sejenis hotel bergerak yang akan bertukar-tukar destinasi di sekitar kawasan Australia yang menyokong rangkaian 5G. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda