Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel terkenal jual kek coklat demi kelangsungan

    VIENNA – Pandemik koronavirus telah memaksa beberapa buah hotel ternama di Vienna untuk ditutup selama-lamanya disebabkan sekatan perjalanan yang menghindari jutaan pengunjung melancong ke ibu kota Austria seperti tahun-tahun sebelumnya.

    Tetapi sebuah hotel ikonik yang terletak di tengah-tengah bandar, yang dikenali sebagai Hotel Sacher bertekad untuk tidak menghampakan peminat-peminat kek coklatnya yang terkenal, untuk menikmati hidangan pencuci mulut itu.

    Penjaga pintu hotel, Uwe Kotzendorfer, menjual ‘Kek Sacher’, satu hidangan istimewa yang terkenal, di tempat pemanduan di seberang jalan dari Rumah Opera Negara yang berprestij di Vienna.

    “Saya melakukan segala-galanya ketika ini,” kata Kotzendorfer, sambil berdiri di sebelah sebuah kereta kecil dua roda dengan hidangan kek disusun tinggi, memberikan sebuah beg merah berisi kek coklat kepada salah seorang pelanggan dalam kereta BMW yang melaluinya jalan itu.

    “Saya rasakan ini adalah satu idea yang sangat hebat,” kata seorang lagi pelanggan yang juga membeli kek, Claudia Bednar.

    “Kerana kami tidak boleh membuat perjalanan keluar negara, saya hendak mengirimkannya kepada makcik saya yang tinggal di Jerman sebagai hadiah ulang tahun perkahwinannya yang ke-65,” dia menjelaskan, kemudian membayar kek yang selalunya berharga antara 50 dan 60 euro, menggunakan kad kreditnya. Sebahagian besar kakitangan yang bekerja di Hotel Sacher ketika ini mendapat subsidi kerajaan untuk mengambil cuti tanpa gaji.

    Dan bilik serta dewan makan bangunan neoklasik itu – dihiasi dengan gambar yang telah ditandatangani oleh pelanggan yang pernah mengunjungi tempat tersebut seperti Putera Charles dari Britain, bintang filem Perancis-Jerman, Romy Schneider dan penyanyi opera dari Amerika Syarikat, Jessye Norman – tampak sunyi sepi.

    Kek Sacher dicipta oleh Franz Sacher pada 1832 mengandungi bahan seperti krim putar, koko yang banyak, jem dan lapisan coklat yang tebal. -AFP
    Kek Sacher yang telah dibungkus kemas sedia untuk dijual kepada pelanggan di Hotel Sacher yang terkenal di Vienna dalam usaha untuk tidak menghampakan peminat-peminat kek coklat menikmati hidangan pencuci mulut itu. – AFP
    Uwe Katzendorfer berdiri berdiri di sebelah sebuah kereta kecil dua roda dengan hidangan kek disusun tinggi di hadapan hotel tersebut. – AFP

    Walau bagaimanapun, pihak hotel bertegas untuk menghiasi hotel dengan karangan bunga segar untuk menghormati lima orang pelancong perniagaan yang masih menginap di sana.

    Untuk bahagian-bahagian hotel yang tidak mempunyai pengunjung lain ketika ini, pihak pengurusan telah mengambil peluang untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan Kotzendorfer sering menunjukkan pekerja penyelenggaraan di sekitar kawasan bangunan yang sepi.

    Penurut pemilik dan pengarah urusan hotel, Matthias Winkler, Sacher adalah hotel bertaraf lima bintang terakhir di Vienna yang masih diuruskan oleh ahli keluarga. Tetapi mereka terselamat dari beberapa krisis sebelum ini dan semasa krisis ekonomi dunia pada 1934 mereka telah jatuh muflis.

    “Kami telah melalui banyak dugaan sejak penubuhan jenama ini dan keluarga kami masih membuat perancangan jangka masa panjang,” kata Winkler, yang mengambil alih hotel berkenaan dari ibu mertuanya pada 2015.

    Dengan keadaan ekonomi yang merudum disebabkan oleh virus ini juga turut memberikan kesan besar kepada mereka. Pelancong luar negara pada kebiasaannya mencatatkan lebih dari 90 peratus secara purata dari 23,000 orang yang menginap di hotel itu setiap tahun, dengan bayaran bilik berharga antara 400 dan 2,300 euro bagi satu malam pada musim kurang mendapat kunjungan pelancong.

    Namun, dengan perintah berkurung disebabkan oleh virus, sumber pendapat tersebut kini lesap.

    Kek Sacher, yang dihantar dan dijual di seluruh dunia, sedikit sebanyak membantu jenama tersebut untuk meneruskan kelangsungannya.

    Meskipun saingan dalam industri perhotelan sengit, namun bagi jenama antarabangsa yang mempunyai sumber kewangan yang lebih besar, Winkler percaya perniagaan yang dijalankan oleh keluarga ini boleh memberikan kelebihan semasa pandemik.

    “Di sini, keputusan dibuat semasa perjumpaan keluarga, tanpa mengambil pendapat dari luar,” jelas Winkler.

    Hotel Sacher dan kek Sacher punya sejarah panjang.

    Pada 1832, seorang cef pastri muda, Franz Sacher sedang berusaha untuk mencipta resipi baharu dengan harapan ia akan menjadi kegemaran di mahkamah tinggi Habsburg.

    Bahan-bahan hidangan termasuk krim putar, koko yang banyak, jem bagi menambah kelembapan dan lapisan coklat yang tebal. Empat puluh tahun kemudian, anak Sacher, Eduard, membuka hotel di daerah pertama Vienna.

    Tetapi selepas kematian Eduard pada 1892, hotel menikmati kemajuan semasa ditadbir oleh balunya, Anna Sacher. Sebagai salah seorang wanita pertama yang dibenarkan untuk memiliki dan menjalankan perniagaan, dia dikenali dengan kepandaiannya.

    Mmasyarakat kelas tinggi di bandar kebiasaannya berkumpul di Sacher sebelum Opera Ball yang terkenal – tetapi acara tahun ini terjejas akibat pandemik.

    “Sebahagian daripada sejarah Austria berada di dalam tangan kami,” kata naib pengarah hotel, Doris Schwarz.

    “Persoalan yang timbul, adakah kita berkeinginan dan berupaya untuk melakukan tugas sukar ini?,” katanya, sambil berdiri di bawah potret Anna Sacher. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda