Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel tertua di Switzerland terbakar, penghuni selamat

    GENEVA, 30 JAN – Kebakaran yang berlaku kelmarin di hotel mewah tertua Switzerland, Four Seasons Hotel Des Bergues, pada lewat malam kelmarin, menyebabkan bangunan itu terpaksa dikosongkan, lapor media tempatan.

    Asap kelihatan berkepul-kepul dari bahagian bumbung hotel lima bintang bersejarah itu yang dibuka pada 1834 dan merupakan mercu tanda terkenal di pusat bandar Geneva.

    Pasukan bomba menggunakan kren untuk mengawal api yang bermula di tingkat enam, dipercayai berpunca dari perpustakaan berhampiran salah sebuah restoran hotel, menurut Perkhidmatan Penyelamat dan Bomba Geneva. Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Usaha juga telah dibuat untuk mengelakkan kerosakan air di hotel mewah itu, tambahnya.

    Semua tetamu telah dipindahkan ke hotel berdekatan dan berada dalam keadaan selamat, lapor akhbar Switzerland 20 Minutes, memetik pengarah hotel Pedro Nora.

    Hotel Des Bergues sebelum ini pernah menjadi lokasi mesyuarat pertama Liga Bangsa-Bangsa pada 1920 serta acara lelongan barangan kemas mewah oleh rumah lelong Christie’s. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda