Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ingin memaklumkan bahawa bagi sebarang maklumat mengenai pelajar yang akan pulang dari luar negara untuk menjalani pengasingan diri sama ada di tempat kediaman sendiri atau di pusat-pusat pemantauan yang disediakan oleh pihak berkuasa bolehlah disalurkan ke talian hotline Pusat Gerakan Kementerian Pendidikan.
Kenyataan itu menyatakan lagi bahawa talian pejabat ialah 2381167 atau 2381133 sambungan 2502, dari pukul 7:45 pagi hingga 4:30 petang (hari bekerja) dan talian bergerak ialah, 7410106, 7410107 dan 7410108, dari pukul 4:30 petang hingga 8:30 malam (hari bekerja) dan 8:30 pagi hingga 8:30 malam (luar waktu pejabat).
