Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotman Paris alami masalah bahagian hati

    Personaliti media sosial Indonesia, Hotman Paris Hutapea memilih untuk mengubah gaya hidup selepas mengalami masalah kesihatan pada bahagian hati.

    Gara-gara itu, Hotman, 65, berkata dia mula mengurangkan diri daripada mengunjungi tempat hiburan yang sememangnya menjadi lokasi kegemarannya sebelum ini.

    “Saya pernah pergi clubbing tiga kali seminggu, bertolak pukul 10 malam dan pulang 3 pagi.

    “Kemudian saya terus pergi bekerja dan itu menjadi punca masalah kesihatan saya,” katanya memetik Insertlive.

    Hotman yang terpaksa mendapatkan rawatan di Singapura memberitahu dia kini lebih banyak melakukan senaman seperti berenang dan berlari untuk mengeluarkan peluh.

    “Sekarang baru saya sedar organ dalam badan kita ini lemah dan boleh terjejas bila-bila masa. Sekarang saya mahu lakukan senaman dengan lebih kerap,” luahnya.

    Pun begitu, dia masih sibuk menguruskan kerjanya tanpa mengira waktu, secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan jika kesihatannya kembali merosot.

    “Tapi saya masih bekerja setiap hari, kadang-kadang Ahad pun bekerja. Saya takut penyakit ini kembali kerana ia berpunca dari jadual kerja yang padat,” jelasnya. – Agensi

    Hotman mahu lebih banyak bersenam selepas tidak sihat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda