Hotspur bangkit raih kemenangan

PARIS, 27 NOV – Tontenham Hotspur kembali dengan dua gol untuk menewaskan Olympiakos 4-2 dan layak ke Liga Juara-Juara dalam kelompok 16 di laman sendiri Jose Mourinho kelamrin, manakala Robert Lewandowski meneruskan musim yang luar biasa dengan menjaringkan empat gol untuk Bayern Munich.

Hotspur merupakan satu daripada tiga pasukan yang memastikan tempat mereka dalam perlawanan kalah mati dengan berbaki satu perlawanan mengiringi Manchester City dan Real Madrid yang telah berjaya melangkah dalam kelompok 16.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dilihat seperti bukan milik Hotspur ketika mereka ketinggalan 2-0 dalam tempoh 19 minit di utara London dengan serangan Youssef El Arabi diikuti oleh Ruben Semedo yang menjaringkan gol buat Olympiakos.

Mourinho, tidak pernah dikalahkan dalam perlawanan pertama di laman sendiri bagi setiap tujuh kelab yang pernah dikendalikannya, termasuklah dua pertarungannya di Chelsea.

Dele Alli menjaringkan satu gol buat Hotspur sebelum tamat separuh masa pertama, dan Lucas Moura membuka peluang untuk Harry Kane bagi menyamakan kedudukan lima minit selepas rehat.

Penyerang Serge Aurier menambah jaringan di minit ke-73 sebelum Kane menanduk masuk sepakan percuma Christian Eriksen untuk menjadikan penampilan ke-24nya, sebagai pemain paling cepat untuk memperoleh 20 gol dalam sejarah Liga Juara-Juara.

“Pemain telah memberikan segala-galanya, perasaan itu bagus dan kami bakal berdepan perlawanan sukar akan datang. Kami boleh melihat permainan Bayern Munich yang berbeza,” Mourinho memberitahu BT Sport.

Hotspur menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B di hari terakhir perlawanan di belakang Bayern.

Bayern telah meraih lima kemenangan daripada lima perlawanan di Eropah untuk musim ini apabila Lewandowski menjaringkan empat gol membantu mereka menang 6-0 ke atas Red Star Belgrade. – AFP

Aksi Harry Kane dan Dele Alli ketika meraikan kemenangan selepas perlawanan Kumpulan B, Liga Juara-Juara menentang Olympiakos di Stadium Tottenham Hotspur, London. – AP