LONDON, 26 April – Tottenham Hotspur kembali mengecapi nikmat kemenangan selepas pesaing untuk kelompok empat teratas tercicir mata dan kemenangan ke atas West Ham esok satu langkah besar dalam melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.
Pasukan kendalian Maurico Pochettino yang kini berada di tangga ketiga liga, menang tiga daripada empat aksi liga terakhir dan mengumpul 70 mata, tiga mata di depan Chelsea di tangga keempat dan empat mata di atas Arsenal di tangga kelima. Manchester United pula di tangga keenam, dua mata di belakang Arsenal.
Gol lewat Christian Eriksen membantu kemenangan ke atas Brighton pada pertengahan minggu ini dan ia adalah kali ketujuh kelab meledak gol kemenangan selepas minit ke-80 membuktikan semangat tidak pernah berputus asa pasukan itu. – AFP