Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotspur juara Piala Audi

    MUNICH, 1 OGOS – Tottenham menutup tirai aksi pramusim dengan memaksa Bayern Munich tunduk 6-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 pada final edisi keenam Piala Audi di Allianz Arena, pagi tadi.

    Pasukan pelawat mendahului 2-0 menerusi Erik Lamela yang memanfaatkan hantaran rendah Georges-Kevin Nkoudou dan rembatan Christian Eriksen dalam kotak penalti.

    Tetapi Bayern bangkit selepas rehat menerusi dua pemain remaja, Jann-Fiete Arp dan Alphonso Davies yang menyamakan kedudukan menerusi rembatan menarik daripada jarak 25 meter. Paulo Gazzaniga menyelamatkan sepakan David Alaba dan Jerome Boateng ketika penentuan penalti. Spurs kehilangan pertahanan Juan Foyth yang terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan serius buku lali.

    Naib juara Eropah itu terus menguasai perlawanan selepas mendahului 2-0 dan Son Heung-min dua kali hampir melebarkan kedudukan namun diselamatkan penjaga gol, Sven Ulreich yang turut menghampakan percubaan Harry Kane. Bayern turut mengancam kubu Spurs menerusi rembatan Renato Sanches yang diselamatkan Gazzaniga sebelum jaringan Arp yang baharu dibeli daripada Hamburg dan pemain Kanada, Davies menyamakan kedudukan.

    Spurs menang penentuan penalti 6-5 dengan hanya Eriksen pemain tunggal Tottenham yang gagal menyempurnakannya.

    Para pemain Hotspur meraikan kejayaan merangkul Piala Audi selepas menewaskan Bayern, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda