Friday, April 11, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotspur pamer aksi hebat

    LONDON, 8 DIS – Larian pantas Son Heung Min ke petak gol ternyata tidak dapat dipintas pemain lawan untuk menghadiahkan gol tunggal hebatnya ketika Hotspur mengalahkan Burnley 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

    Pasukan Jose Mourinho itu mendahului perlawanan dengan 2-0 ketika Son melakukan aksi menakjubkan tersebut. Sentuhan assist Son juga membuka ruang untuk Harry Kane menjaringkan gol pembukaan di minit keempat dari jarak 25 meter.

    Diikuti dengan jaringan Lucas Moura yang menerjah gawang di minit kesembilan selepas Dele Alli menghantar bola ke petak penalti.

    Setelah gol ketiga yang menarik daripada Son, Kane menambah gol keempat di minit ke-54, mencantas ke sebelah kiri sebelum melakukan tendangan tepat ke dalam gawang.

    Sementara itu Moussa Sissoko berjaya menambah gol kelima selepas melakukan hantaran satu dua dengan Kane. Kemenangan ini merupakan kemenangan ketiga Tottenham dalam empat perlawanan liga di bawah Mourinho, membawa kelab utara London itu kembali ke tangga kelima liga. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda