Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Houthi arah pekerja AS, British tinggalkan Yaman

    DUBAI, 24 JAN – Houthi Yaman telah mengarahkan semua kakitangan Amerika Syarikat (AS) dan British dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan agensinya meninggalkan negara itu dalam tempoh sebulan, kata seorang pegawai PBB kepada AFP.

    Dalam surat bertarikh 20 Januari dan dikongsi di media sosial, pihak berkuasa di ibu kota yang dikuasai Houthi, Sanaa memberitahu penyelaras tetap PBB bahawa kakitangan dengan kewarganegaraan British dan AS mempunyai masa sebulan untuk ‘bersedia meninggalkan negara ini’.

    “Mereka mesti bersedia meninggalkan negara sebaik sahaja tamat tempoh,” kata dokumen itu, sambil menambah notis 24 jam akan diberikan melalui surat.

    Walaupun mereka hanya menguasai sebahagian kecil wilayah Yaman, Houthi menguasai kebanyakan pusat penduduk negara itu.

    Seorang pegawai PBB mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah menerima memo itu.

    “PBB dan rakan-rakannya telah mengambil perhatian mengenai perkara ini dan sedang menunggu untuk melihat langkah yang akan diambil seterusnya,” kata pegawai itu, yang enggan dikenali.

    Peter Hawkins, penyelaras kemanusiaan PBB di Yaman, merupakan warganegara British.

    Pengusiran tersebut berlaku selepas serangan bersama oleh AS dan Britain terhadap Houthi bertujuan menghentikan serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal komersial di Laut Merah dan Teluk Aden, yang mengancam perdagangan global. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...