Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Howe gembira dengan prestasi Newcastle

    NEWCASTLE, UNITED KINGDOM, 30 OKT – Eddie Howe menegaskan ia ‘keterlaluan’ untuk melabelkan Newcastle sebagai calon menduduki empat teratas Liga Perdana walaupun membelasah Aston Villa 4-0 kelmarin.

    Skuad kendalian Howe mendaki ke tangga keempat selepas dua jaringan Callum Wilson dan satu gol masing-masing daripada Joelinton dan Miguel Almiron memusnahkan Villa di St James’ Park.

    Pemilik Newcastle dari Arab Saudi menjadikan sasaran untuk menang trofi utama selepas membeli kelab itu dari Mike Ashley dan pelaburan mereka semakin membuahkan hasil.

    Skuad Magpies hanya tewas sekali daripada 12 aksi liga musim ini hasil pengurusan baik Howe dan sokongan kewangan pemilik kelab.

    Namun ketika ditanya sama ada Newcastle boleh diletakkan sebagai pencabar empat tempat teratas, Howe meredakan sedikit harapan tinggi di Tyneside.

    “Itu adalah soalan yang keterlaluan,” kata Howe. “Kami hanya gembira dengan di mana kami berada. Kami cuba menang setiap perlawanan. Saya biarkan awda menulis tajuk berita.”

    Howe gembira membantu Wilson mencipta impian ke Piala Dunia selepas pemain itu meledak jaringan di depan bos England, Gareth Southgate. – AFP

    Aksi Joelinton (kiri) semasa menjaringkan gol dalam perlawanan antara Newcastle United dan Aston Villa di St. James’ Park, Newcastle, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...