Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    HP rancang berhentikan 6,000 pekerja

    SAN FRANCISCO, 23 NOV – Pembuat komputer peribadi, Hewlett Packard (HP) berkata semalam ia akan mengurangkan 6,000 pekerja dalam tempoh tiga tahun akan datang ketika kemelesetan ekonomi dunia terus membelenggu sektor teknologi Amerika Syarikat (AS).

    HP, yang mempunyai kira-kira 61,000 pekerja, berkata ia berhasrat menjimatkan kos tahunan sebanyak AS$1.4 bilion sehingga 2025 ketika ia mengikut jejak langkah dasar pengurangan kos syarikat teknologi lain seperti Meta, Amazon dan Twitter.

    “Rancangan itu membolehkan kami memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan menjana penciptaan nilai jangka panjang dengan mengurangkan kos dan melabur semula dalam inisiatif pertumbuhan utama masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HP, Enrique Lores dalam satu kenyataan.

    Meta awal bulan ini berkata ia akan memberhentikan lebih 11,000 kakitangan dan Twitter menyaksikan separuh daripada 7,500 pekerjanya dipecat selepas syarikat diambil alih oleh bilionair Elon Musk akhir Oktober.

    “Ia keputusan paling sukar terpaksa diambil, kerana ia memberi kesan kepada rakan sekerja. Kami komited melayan pekerja dengan hormat,” kata jurucakap HP dalam e-mel kepada AFP. – AFP

    Gambar fail menunjukkan papan tanda kelihatan di luar ibu pejabat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...