Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hrithik Roshan ke Malaysia selepas 8 tahun

    Bintang Bollywood Hrithik Roshan bakal berkunjung ke Malaysia selepas lapan tahun menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live in Concert pada 1 Disember depan.

    Pelakon filem Kaho Na Pyar Hai akan tampil dengan persembahan luar biasa diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian yang ditunggu peminat.

    Pengarah urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata, pihaknya teruja dapat membawa salah seorang aktor terkenal dengan bayaran termahal di India kembali ke negara ini.

    “Membawa Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

    “Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia bertemu dengan peminat yang sentiasa memberikan sambutan hangat. Bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu,” katanya menurut laporan mStar.

    Dalam pada itu, Shahkeer turut menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang.

    Ia juga bakal membuktikan bahawa pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati di Malaysia.

    “Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang dianjurkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

    “Ramai peminat merindui kehadiran bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia,” ujarnya. – Agensi

    Hrithik bakal menemui peminat di Kuala Lumpur. – short.biography.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda