Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hrithik Roshan pernah patah tulang punggung ketika berlakon

    Mungkin ramai tidak tahu penggambaran filem popular Kaho Naa Pyaar Hai lakonan Hrithik Roshan dan Ameesha Patel pernah dihentikan selama enam bulan.

    Ia susulan Hrithik mengalami patah tulang punggung ketika merakamkan salah satu babak akhir filem berkenaan.

    Hrithik yang melakukan aksi melompat tanpa bantuan pelakon lagak ngeri bagaimanapun terjatuh sehingga menyebabkan tulang punggungnya patah.

    “Ia antara babak akhir sebelum penggambaran selesai dan kami semua panik apabila Hrithik jatuh.

    “Kru produksi membawanya ke hospital pukul tiga pagi untuk mendapatkan rawatan,” kata Ameesha.

    Insiden ini menyebabkan penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan selama enam bulan untuk memberi ruang kepada Hrithik menjalani proses pemulihannya.

    Kaho Naa Pyaar Hai tertangguh selama enam bulan sehingga Hrithik pulih. Hrithik perlu berehat di atas katil dan menjalani pemulihan,” katanya lagi.

    Filem arahan Rakesh Roshan yang juga bapa Hrithik ini ditayangkan buat kali pertama pada Januari 2000.

    Filem ikonik ini bakal kembali ke pawagam sempena sambutan ulang tahun ke-25 penayangannya.

    Selain Hrithik dan Ameesha, naskhah itu turut dibintangi Abhishek Bahchan dan filem itu kini menjadi salah satu karya klasik Bollywood. – Agensi

    Hrithik mengalami kecederaan akibat aksi melompat dalam lakonan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda