Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hrithik, Saba bakal mendirikan rumah tangga

    Aktor Bollywood, Hrithik Roshan dan kekasihnya, Saba Azad dilaporkan sedang membuat persiapan untuk berkahwin.

    Menurut sumber, Hrithik dikatakan mahu segera menamatkan zaman duda selepas mendapat restu ibu bapa Saba untuk mendirikan rumah tangga.

    “Hrithik dan Saba akan membawa hubungan mereka ke fasa lain, iaitu sebagai suami dan isteri. Malah, keluarga Hrithik juga dikatakan menyayangi Saba,” kata sumber itu tersebut.

    Hrithik bergelar duda selepas perkahwinannya dengan Susanne pada 2000 berakhir pada tahun 2014.

    Hubungan Hrithik dan Saba mula hangat dikatakan apabila pasangan itu dilihat menghadiri makan malam di sebuah restoran di Mumbai, India, sebanyak dua kali seminggu. – Agensi

    Hrithik dikatakan mahu segera menamatkan zaman duda selepas mendapat restu ibu bapa Saba untuk mendirikan rumah tangga. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda