Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    HRW kecam Rusia, FIFA tindas pekerja

    MOSCOW, 14 Jun – Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) dalam laporan yang dikeluarkan semalam menyoroti eksploitasi pekerja tapak pembinaan Piala Dunia 2018 dan mendakwa FIFA dan tuan rumah Rusia tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk menghentikan penyeksaan itu.

    Kumpulan yang berpangkalan di New York itu mendakwa FIFA gagal untuk memantau kedudukan pekerja menjelang perlawanan Piala Konfederasi yang bermula pada 17 Jun dan Piala Dunia yang bermula dalam tempoh setahun lagi.

    “FIFA berjanji untuk menjadikan hak asasi kemanusiaan sebagai pusat operasi globalnya untuk diuji di Rusia,” Jane Buchanan, pengarah bersekutu kumpulan bahagian Europe dan Central Asia dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

    “Para pekerja pembinaan di stadium Piala Dunia ditindas, diseksa dan FIFA belum menunjukkan ia boleh memantau, menghalang dan memulihkan isu ini.”

    Laporan itu berkata pekerja di tapak pembinaan stadium Piala Dunia di enam buah bandar menyaksikan gaji mereka tidak dibayar atau ditangguhkan selama beberapa bulan dan bertugas pada suhu serendah 25 darjah Celsius tanpa rehat yang mencukupi.

    Ia juga memetik kesatuan global Building and Woodworkers International sebagai berkata, sekurang-kurangnya 17 pekerja telah meninggal dunia di tapak pembinaan Piala Dunia.

    FIFA menafikan dakwaan dalam kenyataan kepada AFP bahawa ia ‘berkongsi objektif dengan HRW bagi memastikan keadaan bekerja bersesuaian di tapak-tapak stadium pembinaan Piala Dunia FIFA’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda