Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    HRW: Mayat dibuang dalam gaung 50 meter

    BEIRUT, 4 MEI – Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini menggesa satu siasatan dilancarkan dalam gaung besar di utara Syria yang telah digunakan sebagai tempat membuang mayat bertahun-tahun lamanya.

    Lubang sedalam 50 meter di kawasan padang pasir di wilayah Raqa pernah dikawal oleh kumpulan Islamic State, semasa ia masih memerintah kawasan Syria dan Iraq.

    HRW menyiasat tapak itu sejak kawasan itu dirampas daripada pejuang jihad oleh tentera Kurdish pada akhir 2017 dan mendapati mayat dibuang dalam gaung semasa pemerintahan IS.

    “Gaung Al-Hota, satu tapak semula jadi yang cantik sebelum ini, telah menjadi tempat menggerunkan,” kata Sara Kayyali, penyelidik Syria di HRW. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda