NAIROBI, 16 DIS – Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini menuduh pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dan militia bersekutu melakukan keganasan seksual meluas terhadap wanita di selatan Sudan.
Ia merupakan laporan terkini daripada pemantau antarabangsa yang mendakwa keganasan seksual berlaku sepanjang tempoh perang 20 bulan di Sudan, yang disifatkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.
Dalam laporan baharu, HRW mendokumentasikan puluhan kes sejak September 2023 melibatkan wanita dan kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga 50 tahun yang menjadi mangsa keganasan seksual, termasuk rogol berkumpulan dan perhambaan seksual, di negeri Kordofan Selatan.
Maklumat itu menyusuli laporan terdahulu minggu lalu dari organisasi pemantau yang berpangkalan di New York itu, yang menuduh RSF dan militia sekutu ARab melakukan pelbagai pencabulan hak asasi manusia, terutamanya terhadap etnik Nuba di Kordofan Selatan dari Disember 2023 hingga Mac 2024. Laporan itu menyatakan serangan tersebut, ‘tidak banyak dilaporkan,’ dan dianggap ‘jenayah perang.’ – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/12/P21-4D-WEB-AFP_17122024.jpg)