Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    HSBC raih keuntungan

    HONG KONG, 6 Ogos – Syarikat perbankan gergasi HSBC hari ini berkata bahawa keuntungan sebelum cukai meningkat 4.58 peratus kepada AS$10.7 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan menyuarakan ‘sikap optimis berhati-hati di sebalik ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

    Selepas tindakan pengurangan yang dibuat secara meluas, dengan menyaksikan 50,000 kerja dipotong dalam langkah baik pulih yang diumum pada 2015, bank itu berkata ia sekarang mengambil semula pekerja tatkala ia menyasarkan bidang pertumbuhan yang baharu.

    “Kami melabur untuk mendapatkan pelanggan baharu, meningkatkan pasaran saham dan meletakkan dasar bagi pertumbuhan konsisten dalam keuntungan dan pulangan,” kata CEO John Flint.

    Dia menambah, pelaburan dalam separuh pertama tahun ini termasuklah ‘menggaji lebih ramai kakitangan barisan hadapan dalam perniagaan kukuh kami dan mengembangkan keupayaan digital kami dalam pasaran teras,” dengan berkata ia adalah untuk meningkatkan perkhidmatan terhadap para pelanggannya.

    Jumlah keuntungan sebelum cukai memenuhi jangkaan para penganalisis ketika mereka meramalkan bank akan meningkatkan barisan akhirnya. Pendapatan juga meningkat kepada empat peratus pada AS$27.3 bilion dalam tempoh enam bulan sehingga Jun.

    Namun begitu, keuntungan yang disesuaikan sebelum cukai ialah AS$12.1 bilion, menurun dua peratus dan pendapatan bertambah disebabkan peningkatan tujuh peratus dalam belanjawan operasi kepada AS$17.5 bilion, yang dikatakan bank sebagai pulangan pelaburan dalam keupayaan digital. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda