Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hsien Loong letak jawatan, Wong bentuk Kabinet baharu

    SINGAPURA, 13 MEI – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden, Tharman Shanmugaratnam, dengan menyatakan peletakan jawatan beliau serta kerajaannya akan berkuat kuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

    Menerusi surat itu, Hsien Loong berkata, beliau menasihatkan Presiden untuk menjemput Lawrence Wong untuk membentuk kerajaan seterusnya.

    Tharman menerima peletakan jawatan Hsien Loong serta memaklumkan akan melantik Wong sebagai Perdana Menteri, sekaligus memintanya untuk membentuk kerajaan baharu.

    Wong pula mengumumkan, Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan baharunya.

    Kim Yong akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri selain menggantikan Wong sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

    Wong juga mengumumkan Hsien Loong dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam Kabinet baharunya, dengan beliau kekal sebagai Menteri Kewangan. – Xinhua

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda