BEIJING, 15 SEPT – Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta–Bandung diyakini dapat mempemudah pergerakan penduduk Indonesia sambil membantu mencungkil potensi pertumbuhan ekonomi tempatan, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.
Rabu lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menaiki kereta api itu yang sedang dalam ujian perjalanan dengan diiringi beberapa anggota Kabinet.
Jokowi berkata China kaya dengan pengalaman membina HSR yang dilengkapi teknologi canggih.
Beliau berharap operasi HSR itu dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di Jakarta, serta menggalakkan lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.
Untuk itu, Mao menyatakan HSR Jakarta–Bandung merupakan projek ikonik usaha sama China dan Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). – Bernama