Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Dalam usaha untuk sama-sama
menghulurkan bantuan ke arah warga Kementerian Kesihatan yang sedang menangani situasi jangkitan COVID-19, termasuk pihak-pihak yang sedang mendapatkan rawatan di wad-wad di Negara Brunei Darussalam, Kumpulan Syarikat-syarikat Hua Ho, termasuk Gedung Perniagaan Hua Ho telah menyumbangkan barangan makanan dan minuman, kelmarin.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengurus Gedung Perniagaan Hua Ho, Lau Soon Hau dan Allen On.
Sumbangan diterima oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Dayang Sufinah binti Haji Serudin dan Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Hajah Siti Ajar binti Haji Yusop selaku wakil dari Kementerian Kesihatan.
Sumbangan berupa barangan makanan dan minuman iaitu 300 kotak biskut aneka dan 200 kotak air minuman botol Hua Ho di mana sumbangan merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan korporat Hua Ho.
