Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hua Ho Yayasan dilancar semula

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Gedung Perniagaan Hua Ho dalam usahanya memberi keselesaan kepada orang ramai terutama yang tinggal di sekitar ibu negara, hari ini, melancarkan pembukaan semula cawangan Hua Ho di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dengan wajah lebih menarik dan baharu.

    Pelancaran tersebut telah menarik orang ramai yang teruja dengan suasana dan konsep baharu sekali gus melihat lebih dekat lagi produk dan barangan yang ditawarkan di gendung berkenaan.

    Cawangan Hua Ho di Kompleks Yayasan itu tampil dengan ruang yang menarik selain menempatkan barangan mengikut bahagian dengan ruang dan rekaan moden.

    Menurut Annie Lin dan Lau Soon Hua dari pihak pengurusan Hua Ho Yayasan, “Hua Ho Yayasan ditutup pada bulan Disember 2017 dan setelah empat tahun, kami kembali ke sini lagi dengan konsep yang berbeza.”

    Duta China TYT Yu Hong bersama Lau How Wee dan keluarga di pelancaran Gedung Perniagaan Hua Ho Yayasan kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda