Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Huawei keluar dari ‘mod krisis’

    HONG KONG, 30 DIS – Gergasi teknologi China Huawei berkata ia telah keluar daripada ‘mod krisis’ selepas bertahun-tahun AS menyekat penjualannya di luar negara, walaupun pendapatannya pada 2022 gagal berkembang seperti setahun sebelumnya.

    Eric Xu, pengerusi semasa Huawei, berkata dalam mesej Tahun Baharu yang dikeluarkan hari ini, “sekatan AS kini merupakan norma baharu kami, dan kami kembali beroperasi seperti biasa.”

    Huawei Technologies Ltd., jenama teknologi global pertama China, telah bergelut sejak Presiden AS, Donald Trump menyekat aksesnya kepada pemprosesan cip AS dan teknologi lain pada 2019 atas alasan Huawei boleh memudahkan pengintipan China.

    Huawei menafikan tuduhan bahawa ia boleh menjadi risiko keselamatan.

    Pendapatan Huawei yang belum diaudit diramalkan sebanyak 636.9 bilion yuan (AS$91.6 bilion) hampir tidak berubah berbanding tahun sebelumnya yang sejajar dengan anggaran awal.

    Xu berkata dalam mesej itu bahawa perniagaan rangkaian telekomunikasi firma itu mengekalkan ‘pertumbuhan mantap’ dan penurunan dalam sektor perantinya terutamanya telefon telah berkurangan.

    Beliau berkata bahawa firma tersebut mencapai pertumbuhan pesat dalam perniagaannya.

    Dalam pada itu, Huawei tidak mengeluarkan angka kewangan dengan lebih terperinci untuk perniagaannya atau keuntungan keseluruhan firma tersebut.

    Untuk tahun akan datang, Xu berjanji untuk mengekalkan pelaburan besar Huawei dalam penyelidikan dan pembangunan, berkata perniagaannya perlu menjadi asas dalam memacu pertumbuhan.

    Dia menyebut pandemik itu hanya secara sepintas lalu, memuji “kakitangan barisan hadapan syarikat di luar China mereka yang merupakan benteng untuk melayani pelanggan kami walaupun kesan buruk disebabkan COVID-19 ,” katanya. – AP

    Seorang juruteknik berdiri di pintu pusat data 5G Huawei di Hospital Besar Wilayah kedua Guangdong di Guangzhou, selatan China. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda