BANGKOK, 3 NOV – Syarikat gergasi telefon China Huawei berkata hari ini ia bersedia melancarkan infrastruktur 5G di Asia Tenggara, mengetepi amaran Amerika Syarikat (AS) teknologinya boleh digunakan untuk mengumpul data untuk Beijing.
Firma itu muncul sebagai protagonis utama dalam perang perniagaan AS-China yang telah melihat tarif balas ke atas barangan bernilai ratusan bilion dolar.
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengingatkan peralatan Huawei mungkin membenarkan China mengintip negara lain dan telah menyekat syarikat Amerika daripada menjual teknologi AS kepada firma itu.
Namun negara itu berkali-kali menafi tuduhan tersebut, berkata ia merupakan mangsa rasa hasad dengki teknologi.
Thailand dan Filipina telah mengetepikan amaran keselamatan siber dalam usaha untuk mengeksploitasi rangkaian 5G yang dijanjikan oleh pengeluar telefon pintar terbesar China, sementara Vietnam telah menjauhi dari Huawei. – AFP