Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Huawei lancar Honor 8 Lite

    m6 C (1)_040217

    SEBELUM acara MWC 2017 hujung bulan ini, Huawei secara senyap-senyap telah melancarkan telefon pintar terbarunya, Honor 8 Lite, di Finland, minggu ini.

    Daripada segi spesifikasinya, Honor 8 Lite sangat serupa dengan Huawei P8 Lite (2017) yang telah dilancarkan baru-baru ini, kecuali sedikit
    perbezaan.

    Salah satu tarikan utama telefon pintar berkenaan adalah ia menggunakan EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat terus dari kotak.

    Honor 8 Lite menonjolkan paparan HD penuh (1080×1920 piksel) 5.2 inci dengan perlindungan kaca melengkung 2.5D dan dikuasakan dengan pemproses lapan teras Kirin 655 yang dipadankan dengan RAM 3GB (sebagai perbandingan, Honor 8 dikuasakan SoC Kirin 950 dengan RAM 4GB) serta storan dalaman 16GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB).

    Daripada segi optik, telefon pintar berkenaan dilengkapi kamera utama 12MP dengan apertur f/2.2 dan autofokus. Di depan pula terdapat kamera selfie 8MP dengan lensa sudut luas 77 darjah.

    Telefon pintar ini disokong dengan bateri 3000mAh dan terdapat dalam pilihan warna hitam, biru, emas dan putih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda