Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Huawei lancar inovasi tingkatkan e-pembelajaran Kenya

    NAIROBI 26 MEI – Firma telekomunikasi China, Huawei mengumumkan pelancaran siri inovasi yang direka untuk meningkatkan pembelajaran menggunakan elektronik (e-pembelajaran) di Kenya, pada Jumaat lalu.

    Gitonga Maringa, pengurus penyelesaian teknologi maklumat (IT) kanan Huawei Kenya, berkata pada taklimat di ibu kota Kenya, Nairobi bahawa rangkaian produk IdealHub mendigitalkan bilik darjah untuk memperkenalkan pengajaran interaktif dan pembelajaran mendalam untuk pelajar semua peringkat umur.

    “Platform perkakasan kami dilengkapi dengan teknologi pengkomputeran berprestasi tinggi dengan alatan yang membolehkan pembelajaran hibrid untuk pelajar, malah mereka yang berada di lokasi terpencil,” kata Maringa.

    Kevin Wen, pengarah urusan Huawei East Africa Enterprises, menambah bahawa syarikat teknologi itu sentiasa membangunkan inovasi berdasarkan keperluan pelanggannya, termasuk mereka dalam sektor pendidikan.

    Beliau menambah bahawa penyelesaian infrastruktur storan dari Huawei juga menyokong pembelajaran dalam talian mengikut skala. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda