Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Huawei lancar projek kampung pintar

    NAMWALA, 7 JULAI – Zambia pada Jumaat melancarkan projek kampung pintar di daerah selatan Namwala yang ditaja oleh firma China, Huawei Technologies.

    Projek itu, yang merangkumi menara komunikasi dan sistem suria yang mampu membekalkan tenaga kepada banyak rumah, adalah yang pertama seumpamanya di Zambia.

    Pada majlis itu, firma teknologi China itu turut menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Zambia untuk menubuhkan 100 kampung pintar di seluruh 10 wilayah negara itu.

    Projek itu merupakan satu lagi contoh komitmen kerajaan China dan syarikat China terhadap ikrar yang dibuat untuk mengukuhkan pendigitalan Zambia semasa lawatan negara presiden Zambia ke China tahun lepas, kata Wang Sheng, kuasa usaha Kedutaan China di Zambia.

    Menurut Wang, penubuhan 100 kampung pintar dijangka menawarkan bekalan elektrik dan Internet kepada 400,000 penduduk kampung dan mewujudkan lebih 5,000 pekerjaan baharu.

    Phil Li, Naib Presiden Huawei untuk wilayah selatan Afrika, berkata syarikat itu bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk merapatkan jurang digital di Zambia dan menyumbang kepada pendigitalan negara.

    Projek kampung pintar itu adalah permulaan usaha Huawei untuk memastikan tiada perkampungan Zambia yang ketinggalan berhubung akses elektrik, kata Li. – Xinhua

    Logo kumpulan telekomunikasi China Huawei dipaparkan semasa pameran permulaan dan inovasi Vivatech, di Paris pada 16 Mei 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda