BEIJING, 11 NOV – Huawei mendahului pasaran tablet China buat kali pertama berikutan populariti model utama dan pelbagai produknya, menurut firma risikan pasaran global, International Data Corporation (IDC).
Penghantaran tablet Huawei berjumlah 2.12 juta unit, meningkat 24.4 peratus berbanding tahun lalu, mencakupi 37.4 peratus daripada jumlah pasaran. iPad daripada Apple menduduki tempat kedua dengan bahagian 33.8 peratus, diikuti oleh Xiaomi, yang mengambil 5.9 peratus daripada pasaran.
Data itu juga menunjukkan jumlah penghantaran tablet di China mencapai 5.67 juta unit, berkembang selama enam suku berturut-turut.
IDC, yang diasaskan pada tahun 1964, merupakan penyedia global perisikan pasaran, khidmat nasihat dan acara dalam pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna. Huawei mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global bernilai di kedudukan terkemuka dunia, naik beberapa anak tangga berbanding tahun lalu walaupun berdepan dengan konflik termasuk disenarai hitam oleh AS. – Xinhua
