Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Huawei upah dua pelajar dari Oman

    MUSCAT, Oman, 30 Mei – Huawei bakal mengambil dua graduan Oman yang mahir dalam bidang telekomunikasi dan kejuruteraan komputer untuk bekerja dengan syarikat itu, lapor agensi berita Xinhua.

    Satu majlis menandatangani kontrak diadakan pada Rabu di Muscat, Oman yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengawalseliaan Telekomunikasi (TRA) Hamad Salem Al Rawahi.

    Kedua-dua graduan itu diambil bekerja selepas menamatkan  Program Latihan Teknologi Maklumat Huawei 2019. Program itu menumpukan kepada graduan dan pelajar universiti dan kolej di Oman.

    Pengarah Serantau Huawei di Oman, Chen Bing berkata golongan belia Oman mempunyai kecekapan dan sangat berdaya saing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda