Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Amelia Henderson dengan Aedy Ashraf hanya kawan

    Pelakon dan pengacara Malaysia, Amelia Henderson mendedahkan hubungannya dengan aktor Malaysia, Aedy Ashraf tidak lagi akrab seperti sebelum ini.

    Memetik laporan mStar, Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, mengongsikan bahawa kekangan masa menjadikan hubungan mereka semakin renggang.

    “Saya tidak tahu untuk menjawab perkara ini tetapi saya dan Aedy hanya berkawan dan kami tidak rapat seperti dulu.

    “Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh fasal perkara ini,” katanya.

    Amelia berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan peminat menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instagram.

    Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini memberitahu selama ini beliau dan Aedy tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.

    “Kadangkala sesuatu perkara itu berakhir tanpa ada alasan cuma disebabkan masa itu tidak bersesuaian.

    “Sudah lama situasi (renggang) ini berlaku cuma kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebab menghormati satu sama lain,” ujarnya.

    Pada Mac 2022, tular video Aedy melutut dan melamar Amelia untuk dijadikan sebagai kekasih.

    Amelia pula secara spontan menerima lamaran tersebut dan Aedy gembira dengan jawapan yang diterima.

    Bagaimanapun pada Julai tahun lalu, Amelia dan Aedy memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah berakhir apabila pasangan itu memuat naik hantaran yang berbaur kecewa.

    Aedy turut memadam foto bersama Amelia yang dimuat naik di Instagram miliknya. – Agensi

    Amelia kini anggap Aedy hanya sebagai seorang rakan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda