Friday, February 28, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan baik Rani Mukerji, Aishwarya Rai retak

    Rani Mukerji dan Aishwarya Rai ialah dua aktres yang paling berbakat dalam industri Bollywood. Mereka berdua pernah berkongsi ikatan yang sangat rapat sehingga dilabelkan sebagai ‘kawan baik’. Akan tetapi ikatan persahabatan mereka berubah selepas bertahun-tahun, malah Rani tidak dijemput ke majlis perkahwinan Aishwarya.

    Menurut Murai.My, keretakan hubungan rapat mereka terjadi apabila Rani menggantikan tempat Aishwarya dalam filem Chalte Chalte. Penggantian tersebut dikatakan berlaku kerana kekasih Aishwarya ketika itu, Salman Khan, telah membuat kecoh di set filem.

    Salman didakwa telah menuduh Shah Rukh Khan mempunyai hubungan sulit dengan Aishwarya. Disebabkan kekecohan itu, Shah Rukh Khan yang juga salah seorang penerbit filem itu terpaksa membuat keputusan memecat Aishwarya dan gantikannya dengan Rani.

    Dalam sebuah temu bual, Shah Rukh Khan memberitahu dia meminta maaf kepada Aishwarya dan menyesali akan tindakannya. Jelasnya keputusan itu bukan sepenuhnya di tangannya kerana dia bukan satu-satunya penerbit filem itu.

    Menurut beberapa sumber, pemecatan itu telah membuatkan Aishwarya terluka dan sedih apabila digantikan dengan kawan baiknya, Rani. Sejak daripada insiden itu, tercetuslah perang dingin antara mereka berdua. – Agensi

    Hubungan Rani dan Aishwarya dahulu sangat rapat sehingga pernah dilabelkan sebagai kawan baik. – mascala.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda