Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan cinta 7 tahun Mariah Carey, Bryan Tanaka berakhir

    Selepas beberapa minggu berita perpisahan mereka berlegar-legar di media sosial, bekas teman lelaki penyanyi Mariah Carey tampil mengesahkan hubungan itu sudah berakhir.

    Bryan Tanaka, 40, bagaimanapun memberitahu percintaan tujuh tahun dengan Mariah berakhir dengan baik memandangkan keputusan itu dibuat secara bersama.

    “Dengan emosi yang bercampur baur, perpisahan dengan Mariah Carey berakhir baik selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan luar biasa bersama.

    “Keputusan kami membawa haluan masing-masing dibuat bersama, kami kongsikan dengan rasa hormat yang mendalam dan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas masa yang tidak ternilai yang kami kongsi bersama.

    “Kenangan yang kami cipta dan kerjasama artistik terpahat di hati saya selama-lamanya,” katanya memetik laporan mStar.

    Mariah dan Bryan mengambil keputusan berpisah secara baik. – mStar

    Tanaka yang juga seorang penari profesional menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

    Dalam masa sama, Tanaka juga menitipkan beberapa kata-kata murni buat Mariah, 53, yang sebelum ini melayannya dengan baik.

    Malah Tanaka turut menyifatkan anak kembar Mariah bersama bekas suami Nick Cannon iaitu Morrocan dan Monroe, 12 tahun menyerikan hidupnya.

    “Dedikasi Mariah kepada keluarga dan komitmennya terhadap kerjaya telah memberi inspirasi kepada kami semasa perjalanan kami bersama.

    “Saya ingin meluahkan rasa sayang dan penghargaan saya kepada Mariah dan anak-anaknya yang luar biasa, kemesraan dan kebaikannya telah menyerikan hidup saya dengan cara yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda