Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan cinta Madonna, Ahlamalik berakhir

    Tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Madonna dikhabarkan sudah berpisah dengan teman lelakinya iaitu Ahlamalik Williams.

    Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu bahawa Madonna lari dari memikirkan perpisahannya itu dengan bertemu rakan serta ahli keluarga.

    Malah, penyanyi berusia 63 tahun itu juga memenuhkan jadualnya dengan aktiviti seni serta mahu menjaga keluarganya.

    “Madonna menjadikan dirinya sibuk dalam kehidupan sosial dan berjumpa dengan rakan serta keluarga selepas perpisahan itu. Dia mempunyai jadual yang padat.

    “Bekerja untuk biopik dia yang akan datang, muzik baharu, dan menjaga keluarganya,” menurut sumber.

    Bagaimanapun, Madonna dan bekas kekasihnya yang berusia 28 tahun itu tetap menyayangi satu sama lain biarpun mengambil keputusan untuk berpisah. – Agensi

    Madonna dan Ahlamalik tetap saling menyayangi walaupun sudah berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda