Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    ‘Hubungan India-ASEAN antara paling penting pada abad ke-21’

    KUALA LUMPUR, 17 MAC – Hubungan India-ASEAN akan menjadi antara yang paling ketara pada abad ke-21 memandangkan rantau Indo-Pasifik dijangka menjadi tunjang ekonomi global dan geopolitik pada tahun-tahun akan datang, menurut seorang pakar India.

    Apurv Kumar Mishra, Perunding Majlis Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Kerajaan India berkata pembabitan yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun lalu mencerminkan pentingnya rantau itu kepada politik global.

    “Jika kita bekerjasama rapat, melabur dalam kemajuan satu sama lain, kita boleh mewujudkan banyak kemakmuran, bukan sahaja untuk rakyat kita bahkan untuk seluruh rantau ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Belia ASEAN-India ke-4 di Hyderabad baru-baru ini.

    Mengambil maklum bahawa Indo-Pasifik yang inklusif dan berasaskan peraturan hanya boleh dicapai jika Pemusatan ASEAN dihargai oleh semua pihak berkepentingan di rantau ini, Apurv Kumar berkata tumpuan India adalah untuk memastikan Pemusatan ASEAN akan menjadi asas kepada strategi rantau ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...