Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Jefri Nichol, Taj Belleza berakhir

    Hubungan cinta pelakon Indonesia, Jefri Nichol dengan anak kepada aktor Rueben Elishama iaitu Taj Belleza dikhabarkan sudah berakhir.

    Pendedahan itu dibuat semasa Jefri menjadi tetamu undangan dalam satu program di saluran YouTube Erika Carlina.

    Dalam temu bual berkenaan, Jefri ditanyakan soalan mengenai hubungan cintanya dengan Taj.

    “Buat masa sekarang saya tak mencari. Saya baharu saja putus,” kata Jefri.

    Biarpun tidak berkongsi punca sebenar perpisahan, namun Jefri seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka putus disebabkan kerap bergaduh sehingga mengganggu kehidupannya.

    “Bagi saya, kalau dah selalu sangat bergaduh dengan kekasih itu sangat mengganggu,” ujarnya.

    Jefri dan Taj dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak November tahun lalu apabila dia memuat naik foto bersama di akaun Instagram. – Agensi

    Jefri enggan dedah punca sebenar perpisahannya dengan Taj. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda