Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Karina dengan Jae Wook ditentang peminat

    Hubungan cinta anggota kumpulan Aespa iaitu Karina dengan aktor Lee Jae Wook nampaknya mendapat tentangan hebat peminat yang tidak merestui hubungan mereka, lapor mStar.

    Kelab peminat Karina di China juga bertindak menghantar sebuah trak dengan papan elektronik memaparkan mesej kecaman di hadapan bangunan SM Entertainment sebagai tanda protes.

    Dalam mesej berkenaan, peminat menggesa Karina, 23, membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengkhianati peminat.

    Tidak hanya itu, mereka turut mengugut tidak akan membeli sebarang album atau tiket konsert Aespa jika penyanyi itu enggan minta maaf.

    Peminat menyifatkan perbuatan Karina itu sendiri yang telah menghancurkan karier seninya yang dibina sejak tiga tahun lalu.

    Tunduk dengan permintaan peminat, Karina tampil membuat permohonan maaf secara bertulis kepada peminat di Instagram miliknya.

    Karina dan Jae Wook, 25, dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di Minggu Fesyen Milan pada Januari lalu. – Agensi

    Karina dan Jae Wook dilaporkan sedang bercinta. – Kocowa
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda