Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Keith Foo, Riena Diana makin mesra

    Pelakon Riena Diana tidak lagi menyembunyikan kebahagiaan dirasainya apabila secara terbuka berkongsi kemesraan bersama aktor Keith Foo.

    Ia susulan Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkongsi foto bersama Keith di dalam kereta yang menghantarnya menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi kelmarin.

    “Terima kasih kerana ambil dari rumah dan hantar saya ke masjid pagi ini,” katanya ringkas.

    Riena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, kelmarin.

    Menerusi perkongsian mStar, Riena berkongsi foto yang memaparkan dia lengkap memakai telekung bersama Keith di dalam kereta.

    Sebelum itu, pelakon drama Kampung People itu juga memuat naik hantaran mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Keith iaitu lelaki yang sudah berjaya mencuri hatinya.

    “Selamat Hari Bapa kepada lelaki yang sudah mencuri hati saya,” ujarnya.

    Sebelum ini, Riena mengakui dirinya sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalinkan hubungan mesra bersama Keith atau Foo Chuan Chin, 41. – Agensi

    Riena dan Keith tidak lagi menyembunyikan hubungan mesra mereka. – Rotikaya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda