Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Hubungan keluarga retak akibat berebut harta

    Assalamualaikum diucapkan kepada semua. Di sini aku ingin meluahkan rasa kecewa, sedih dan hampa. Betul kata orang, kerana harta manusia sanggup meninggalkan darah daging sendiri.

    Perkara itu terjadi pada keluarga aku sendiri selepas kematian ayah awal tahun lalu.

    Dipendekkan cerita, selepas beberapa hari arwah ayah meninggal dunia, kami adik-beradik sepakat untuk mengadakan mesyuarat mengenai harta waris.

    Semasa mesyuarat, kami gagal mencapai sepakat dan keadaan menjadi tegang sampai meninggikan suara.

    Hubungan kami lima orang adik-beradik yang dahulunya mesra kini menjadi renggang, dan yang lebih buruk lagi anak-anak kami turut terpalit tidak bertegur dengan sepupu mereka.
    Pada bulan mulia ini, aku banyak merenung dan mengenang mengapa pertelingkahan ini boleh berlaku?

    Gambar Freepik

    Adakah kerana sikap tamak? Jika benar, arwah ayah tidak pernah mengajarkan kita untuk tamak.

    Arwah ayah mendidik kitani untuk sentiasa kasih mengasihi, ikhlas dan tidak mendahulukan harta daripada orang tersayang.

    Aku bukan berkata aku tak perlukan harta itu. Kita semua ada keperluan sendiri.

    Tapi kalau sampai kita lupa nilai persaudaraan, apa gunanya? Apa maknanya kaya harta kalau kita miskin kasih sayang?

    Sampai bila kita hendak biarkan harta dunia ini menjadi punca perpecahan?

    Aku berharap kita boleh duduk berbincang dengan hati yang tenang. Kalau ada yang lebih memerlukan, berlapang dadalah.

    Kalau ada yang tersinggung, belajarlah untuk memaafkan.

    Kita ini darah daging, bukan orang asing.

    Jangan sampai kita hanya bertemu di kubur arwah ayah tanpa lagi ada rasa kasih dalam hati.

    Affendi

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kepada Affendi atas luahan penuh kejujuran ini. Sesungguhnya, harta pusaka sering kali menjadi ujian terbesar dalam sesebuah keluarga. Pertelingkahan begini telah banyak meretakkan hubungan sesama ahli keluarga dan ada juga yang berjaya menyelesaikannya melalui kata sepakat.

    Kesedihan dan kekecewaan awda sangat difahami. Kehilangan seorang ayah sudah cukup menyayat hati, apatah lagi bila hubungan antara adik-beradik pula menjadi korban seterusnya.

    Dalam saat begini, sangat penting untuk kita kembali kepada nilai-nilai yang pernah ditanam oleh arwah iaitu kasih sayang, tolak ansur dan persaudaraan. Harta boleh dicari, tetapi adik-beradik tiada galang gantinya.

    Mungkin bukan semua bersedia untuk berdamai sekarang, tapi seseorang perlu mengambil langkah pertama.

    Mulakan bertegur sapa, bertanya khabar perlahan-lahan tanpa perlu terus berbincang tentang pembahagian harta. Perbaiki hubungan sesama adik-beradik melalui komunikasi terdahulu.

    Setelah itu mulakan dengan perbincangan lembut, lantik pihak perantara yang boleh dipercayai seperti peguam sekiranya perlu. Berdoalah agar hati yang keras akan dilembutkan.

    Kadangkala masa diperlukan untuk menyembuhkan luka, tapi dengan keikhlasan dan doa, insya-Allah hubungan yang retak boleh disambung kembali.

    Sempena hari raya Aidilfitri yang semakin menjelang tiba, gunakanlah kesempatan ini untuk memperbaiki dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga terlebih dahulu.

    Dang MP harapkan Affendi dapat menyatukan semua keluarga seperti kata pepatah, ‘Air yang dicincang tidak akan putus’.

     

     

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    ‘BFF’ jadi madu

    Aku tak pernah sangka, orang yang paling aku percaya,...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...