SEOUL, Korea Selatan, 29 Jun – Ketua hal ehwal antara Korea bagi Korea Selatan hari ini berkata Seoul akan cuba memudahkan pertukaran peringkat awam dengan Korea Utara dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mengukuhkan proses perdamaian antara pihak yang bersaing.
Menteri Penyatuan Cho Myoung-gyon berkata hubungan yang dikukuhkan antara negara-negara Korea itu akan menambah peluang kejayaan diplomasi nuklear antara Washington dan Pyongyang.
“Kerajaan kami akan berkomunikasi dan bekerjasama rapat dengan Korea Utara dan juga AS, kesemua negara berjiran dan keseluruhan masyarakat antarabangsa supaya perjanjian antara Korea Utara dan AS boleh dimuktamadkan dan segera dilaksanakan,” Cho berkata pada forum Seoul yang diadakan bersama oleh kementeriannya dan agensi berita Yonhap, Korea Selatan.
“Sementara rundingan penghentian nuklear diteruskan, kami mungkin cuba untuk memudahkan rundingan dengan usaha dari peringkat antara Korea jika pendekatan seumpama itu diperlukan,” katanya.
Cho berkata Seoul akan berusaha memudahkan pertukaran antara Korea pada peringkat kerajaan tempatan dan awam supaya ‘mereka yang dari semua kawasan dan peringkat masyarakta’ boleh terlibat dalam proses perdamaian.
Dia berkata Seoul akan juga cuba meningkatkan pertukaran pertubuhan berita Korea Selatan dan media kerajaan Korea Utara. Cho tidak memandangkan serius bahawa hubungan yang pulih akan diiringi oleh pengurangan sekatan dan tekanan ke atas Korea Utara, dengan mengatakan kemajuan dalam projek antara Korea akan bergantung pada sama ada ‘keadaan yang sesuai diwujudkan’.
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata kemajuan dalam hubungan antara Korea akan menjadi yang penting kerana Korea Utara tidak akan menamatkan program nuklearnya melainkan ia merasakan keselamatannya terjamin. – AP