Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Hubungan Malaysia-Indonesia terus kukuh’

    JAKARTA, 16 SEPT – Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, hari ini menyeru rakyat Malaysia agar menghargai jasa para pejuang tanah air yang telah berkorban demi kemerdekaan negara.

    Beliau menegaskan bahawa dalam meraikan nikmat kemerdekaan, wajar bagi semua meluangkan masa untuk mengenang pengorbanan mereka yang menjadi tonggak kebebasan yang dinikmati sehingga kini.

    “Kita semua adalah penyambung amanah untuk meneruskan perjuangan ke arah Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera,” katanya pada Upacara Menaikkan Bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, Hari Malaysia ke-62 dan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 di kompleks kedutaan, hari ini.

    Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu, termasuk Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Datin Sarah Al Bakri Devadason; ketua-ketua agensi kerajaan Malaysia di Jakarta; pegawai serta warga Kedutaan Besar dan Perwakilan Tetap Malaysia; selain pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia. – Bernama

    Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berucap pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62 anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda