Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Marissa dan Misya sudah pulih

    Anak kepada pelakon Malaysia, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania memberi bayangan hubungan dengan madunya berada dalam keadaan baik.

    Memetik laporan mStar, ia susulan, Marissa, 19, memuat naik video ‘boomerang’ bersama madunya iaitu Misya Mazlan memperlihatkan mereka duduk bersebelahan dan tersenyum mesra.

    Jelasnya, beliau memuat naik video berkenaan kerana merasakan sesuatu andaian memerlukan penjelasan.

    “Beberapa andaian memerlukan penjelasan bukan?,” katanya.

    Marissa berkongsi perkara itu melalui satu hantaran Instastory di Instagram miliknya pada awal pagi kelmarin.

    Pada Rabu lalu, Marissa membawa suaminya iaitu Ahmad Aslam bertemu Abby dan Norman di acara rumah terbuka keluarganya.

    Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi video hari kejadian menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang buat mereka memperbaiki semua kesilapan lalu.

    Mereka sekeluarga meraikan hari raya di kediaman ibu kepada bekas suaminya iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuantan, Pahang.

    Pada Jumaat lalu, Misya berkongsi foto bersama Aslam menandakan mereka masih bergelar suami isteri yang sah dan gambar itu dirakam pada 1 Syawal.

    Jelas Misya, beliau memuat naik foto berkenaan kerana mahu mengelakkan fitnah mengenai perkahwinannya dengan Aslam.

    Sebelum ini, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

    Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Miya bercerai.

    Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

    Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. – Agensi

    Marissa dan Misya bersahaja lakukan boomerang bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda