Disebabkan kurang dilihat menghabiskan masa bersama, pasangan selebriti Hollywood, Megan Fox dan Machine Gun Kelly (MGK) dikatakan sudah berpisah.
Khabar angin perpisahan itu timbul ekoran pasangan itu kurang berinteraksi antara satu sama lain di media sosial selain kali terakhir dilihat berbuat demikian pada 30 Jun lalu.
Difahamkan kedua-duanya sering bergaduh dan hubungan kedua-duanya sering kali dingin termasuk tidak sehaluan.
“Sukar untuk dijelaskan bagaimana keadaan hubungan mereka sekarang. Kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti,” kata sumber.
Sementara itu, dalam satu temu bual, MGK ada menerangkan tentang tahap kesihatan mentalnya dan mengakui pernah mencuba untuk membunuh diri.
MGK juga mengatakan Fox pernah menjerit ke arahnya ketika dia meletakkan senapang patah ke dalam mulut. – Agensi
